Semoga Anda Mendapat Maklumat Yang Anda Inginkan

2010-06-14

Penggunaan Operator Pencarian Semasa Menggunakan Google Search


Operator pencarian ni ialah simbol-simbol tertentu yang kita key-in dalam kotak ’search’ google dan ianya akan diterjemahkan oleh google sebagai satu arahan untuk memudahkan sistem mereka memahami motif carian kita dengan lebih khusus.

Operator [+]

Sistem Google kadang kala mengabaikan perkataan umum macam ‘do’ ‘the’ ‘am’ ‘i’ kerana perkataan-perkataan ni melambatkan proses carian tapi tak membawa kepada hasil yang berkualiti.So untuk mengarahkan google supaya memberi perhatian pada perkataan-perkataan yang diabaikan,kita boleh menambah operator [+] sebelum suatu perkataan tu.

















Tengok contoh kat atas ni,bila aku menambah simbol [+] sebelum perkataan ‘do’,enjin carian google akan menekankan perkataan ‘do’ dalam hasil cariannya berbanding yang sebelumnya yang mana hasil carian lebih kepada motif carian yang lebih umum.




Operator [~]

Operator [ ~ ] memberi arahan kepada google untuk mencari berdasarkan bukan je dari keyword yang kita masukkan,malahan sinonim yang mungkin terdapat dari keyword tersebut dalam hasil carian nanti.


















Contohnya bila aku key-in [~earphone ~secondhand],enjin carian akan menghasilkan keywords yang sinonim dengan perkataan earphone iaitu ‘headphone’ dan ‘headset’ manakala perkataan secondhand iaitu ‘used’.



Operator [-]

Operator [ - ] bertindak mengecualikan keyword yang tidak diingini dalam hasil carian.Dengan menambah simbol dash [ - ] sebelum keyword yang tidak diingini,google tidak akan mengindex keyword tersebut dan memastikan perkataan tersebut tidak mucul sebagai hasil carian.


















Sebagai contoh,lihat gambar di atas.Bila aku key-in perkataan’ kereta’,hasil carian yang paling top ialah ‘Kereta Info’.Untuk memastikan perkataan ‘info’ tak muncul dalam hasil carian seterusnya,aku menambah operator [-info] dan hasil carian akan mengabaikan segala website yang mengandungi keyword ‘info’.


Operator [*]

Kalau korang masih ingat lagi subjek Sains sekolah rendah dulu mesti korang faham maksud pembolehubah yang dimanipulasikan.Huhu.Ok fungsi operator [*] ni sama macam pembolehubah yang dimanipulasikan sebab bila korang meletakkan simbol [*] diantara sebarang perkataan,ia bermaksud korang mengarahkan google mencari apa-apa sahaja perkataan yang mungkin muncul diantara perkataan tu dalam hasil carian.


Contohnya,bila aku key-in perkataan ‘budak * gedik’ dalam kotak carian,operator [*] diantara perkataan ‘budak’ dan ‘gedik’ yang aku key-in tu akan menghasilkan keyword seperti ‘budak-budak gedik’ ‘budak asrama gedik’ ataupun ‘budak gothic gedik’.


 
 












Operator ["]


Operator ni berfungsi mencari perkataan atau ayat lengkap yang memastikan google menghasilkan carian yang sebijik macam ayat yang korang key-in dalam kotak carian.
Contohnya mudah,bila korang nak mencari nama seseorang.Lets say aku nak cari pasal girlfriend aku,Maya Karin.Dalam dunia ni ada banyak manusia dengan nama ‘Maya’.Untuk memastikan aku dapat hasil carian untuk Maya Karin sahaja,aku akan meletakkan nama awek aku tu diantara operator ["] macam ni : “maya karin”.Hasilnya,akan keluar website yang mengadungi perkataan ‘maya karin’ sahaja dengan susunan yang betul tanpa ada sebarang tambahan huruf atau perkataan diantaranya.

0 comments:

Post a Comment